Dalam suatu perhubungan, benda yang antara paling kritikal bagi aku adalah kejujuran. Cuba bayangkan, yang mana lebih baik, seorang kawan yang berpura-pura dengan seorang musuh yang jujur? Tanyalah pada diri, hatta orang jahat sekalipun tidak mahu ditipu atau dikhianati, apatah lagi kita seorang insan yang serba daif. Kita cuma mahukan sesiapapun bersikap jujur kepada diri kita. Itulah lambang kesetiaan dan cinta sebenar kepada diri. Kata para hukama', "Berkata benarlah walaupun pahit". Tapi saya tak nafikan di sana, ada certain² keadaan membolehkan kita tidak berterus terang secara jelas.
Payahkah untuk kau berlaku jujur kepadaku? Semudah menyebutnya tapi hakikatnya payah. Berhadapan dengan manusia yang kita kenal rapat, ia tak mudah untuk berterus terang dengan merema kerana sebatas pengetahuan kita, ada perkara yang menghalang. Sebab kita kenal dia, kita tahu baik buruk dia. Kita tahu konsekuennya. Sebab itu, kadang2 kita mengambil falsafah, mengurangkan mafsadah yakni kerosakan adalah lebih baik dari jujur yang boleh mengundang padah. Jadi sejauh manakah kejujuran itu perlu?
Tanyalah pada diri. Siapa yang mahu hidup rasa tertipu. Terasa diri diperbodohkan dan diperanak kecilkan. Kita harus belajar untuk menerima kenyataan walau ia pahit. Kerana kenyataan adalah penawar sebenar kepada sebuah penyakit. Kadang2 penipuan boleh jadi makin menambahkan parah di masa akan datang. Instead of prevent the worst part, I think it is better to try to figure out how you gonna say the truth troughh her/his ways. Jujurlah.....