Mencari
erti sebuah kehidupan
1.01tgh
25/11/14
Bismillah,
Hidup merupakan satu kembara perjalanan yang
penuh liku-liku kehidupan. Menjadi manusia yang berguna tidak semudah yang
disangkakan. Perlu bermula dari bawah ,bermula faham. Ingin memaknakan setiap
tindakan, perlu kepada sebuah kefahaman.hanya dengan kefahaman, tindakan yang
dilakukan punya makna yang bernilai dan punya signifikan untuk diteruskan dan
diamalkan.
Mari
merujuk kepada contoh yang sangat mudah, kenaap kita perlu pakai kad matrik,
dan sehingga kini,saya masih belum terlupa untuk ke kuliah dengan memakai kad
matrik. Sekadar peraturan,adat,fesyen atau identiti. Bagaimana saya nak
tafsirkan..kerna hari ini saya baru sedar, saya juga tidak tahu kenapa saya
masih istiqamah memakai kad matrik. Dan sekarang saya terfikir, signifikannya
untuk terus menerus memakai.
Perlukah
saya istiqamah dalam memakai dan in sya Allah suatu hari nanti kita akan dapat
melihat hikmahnya di sebalik semua ini atau kita berusaha bertanya kenapa aku
perlu pakai kad matrik. Tamsilan yang dapat saya bawakan pada hai ini tentang
kad matrik. Realitinya persoalan yang kita hadapi seharian maseh banyak yang
belm terjawab.
Apabila
manusia itu diilhamkan dengan sesuatu yang mana orang lain belum sampai ilham
kepadanya atau lambat, maka mudah untuk kita kata kat orang.. kita sebenarnya
terlupa posisi kita bila mana kita dalam keadaan tidak tahu.kita mahu supaya
orang berlaku adil kepada kita. Dan sekarang kita pukul rata.
Sebenarnya
untuk menukilkan apa yang aku rasa pada saat ini tak semudah menaip. Bermain
dengan perasaan, diriku terasa kelu. Untuk menaipnya, terasa seperti mahu apa.
Kerana tujuan menaip mesti punya motif/tujuan/objektif yang berpandu. Perasaan
ibarat ibarat air yang berkocak, atau lukisan yang riot color.. sentiasa aku
melihat manusia mengupdate status terbaru mereka di laman-laman sosial. Kadang
aku terfikir untuk berkongsi ilham rasaku. Dan kadang aku terasa boleh jadi
bahan ejek nanti.
Manusia
sepatutnya diberi kefahaman. Manusia perlu tahu kerna asal fitrah kita kita
seseorang yaang bersifat ingin tahu. Apabila fitrah kita ditutup dengan
kepatuhan tanpa kefahaman yang benar akan membuatkan diri kita diperhambakan.
Fitrah kita dibuli. Manusia perlu diberi ruang untuk dan dirinya perlu diberi
peluang untuk mendapatkan peluang untuk dibukakan apa yag dia tidak tahu. Beri
peluang kepada diri untuk tahu. Manusia perlu mencari kefahaman dalam setiap
tanduknya. Kita boleh bertaqlid tapi sekurangnya biarlah kita tahu manfaatnya
kepada kita nanti. Bicara soal kefahaman,,,faham,faham,faham,,,nak faham ape
skrg?ilmu yang apa yang ak difahami,,,ilmu ada tapi nak diamalkan perlu ada
kefahaman.
Huhuhuh…kalau
begitu setiap kita akan tersa muhasabah,banyak yang aku tak faham,tai dok buat
setiap hari. Ilmu semakin hari semakin banyak yang kta pelajari,tapi kefahaman
perlukan masa. Amal nak letak mana?hmmmm aku sedih sebab orang kata fikiran aku
ni kompleks. Habis tu macam mana aku nak bawa bidang yang aku buat sekarang?
Aku xdengki ko dengan kawan aku yang punya kelebhan berganda dari aku. Hanya
mereka yang berada d bawah akan mengharapkan orag yang di atas hulurkan
tangannya untuk kita kalu orang tu di atas, rasanya kurang sensitif.maknakan
setiap tindakan kita dengan sebuah kefahaman. Kefahaman menuntut pengorbanan..
No comments:
Post a Comment